Basmi Syiah Yaman, Arab Saudi Menggunakan Apache

Kondisi Terbaru Yamam-Agresi Koalisi Arab Saudi: Koalisi negara Arab yang memerangi pemberontak Houthi di Yaman mengerahkan helikopter tempur selepas serangan merentasi sempadan yang membunuh askar Arab Saudi.

"Kami membalas dengan tembakan artileri, dengan (helikopter) Apache," kata jurucakap pakatan itu, Brigadier Jeneral, Ahmed al-Assiri.

Helikopter tempur itu bertindak selepas militan Huthi dari Yaman menyasarkan pos kawalan di sempadan di wilayah Najran di barat laut Arab Saudi kelmarin.

Tiga askar Arab Saudi terbunuh dalam serangan mortar puak pemberontak Huthi itu.

Menurut Kementerian Pertahanan Arab Saudi, lebih 500 pemberontak terbunuh di sempadan kedua-dia negara sejak serangan udara bermula sejak 26 Mac lalu.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/47313
Share on Google Plus

About Kerja Admin

Beritayaman.blogspot.com adalah Media Online penyaji berita terbaru dan terkini Dunia Timur Tengah. Selamat Menikmati Sajian Info Kami.
    Blogger Comment
    Facebook Comment